ADS

Selasa, 26 Mei 2015

Video : Batmobile Mengejar Lamborghini Joker Di Set Penggambaran Filem Suicide Squad.


DC Entertainment dan Warner Bros terus membina DC Sinematic Universe dengan filem yang akan datang Batman V Superman : Down Of Justice dan Suiside Squad boleh dikatakan berkongsi Universe yang sama. Filem Suicide Squad adalah mengenai tentang sepasukan watak villain DC telah dipaksa oleh pihak kerajaan untuk melakukan misi Black Ops.

Ketika Pengarah Zack Snyder sedang menyiapkan post-production filem Batman V Superman : Down Of Justice, manakala pengarah filem Suicide Squad iaitu David Ayer pula dalam proses penggambaran filemnya di sekitar Toronto. Peminat dan papparazzi yang berada di sekitar kawasan set penggambaran tersebut dapat melihat dan merakamkan babak kejar mengejar antara Batmobile Batman dan Lamborghini Joker. Video yang tersebar hari ini telah mengesahkan cameo Batman lakonan Ben Affleck di dalam filem Suicide Squad.

Dalam video Instagram di bawah, anda dapat melihat satu babak dari Suicide Squad di mana Joker ( Jared Leto ) sedang memecut dalam Lamborghini bersama pasangannya Harley Quinn ( Margot Robbie ) di tempat duduk penumpang. Joker yang menaiki Lamborghini tiba-tiba dikejar oleh Batmobile yang di pandu oleh Batman ( Ben Affleck ) .

Video ini seolah-olah jelas berkaitan dengan beberapa gambar pada set penggambaran filem Suicide Squad yang tersebar sebelum ini, yang menggambarkan berkemungkinan ini adalah merupakan adegan flashback Harley Quinn semasa proses pra-transformasinya ketika direkrut oleh Joker.


Anda boleh lihat video tersebut di bawah




A video posted by Terence Yip (@terenceyip) on



A video posted by Terence Yip (@terenceyip) on


A video posted by ERNstagram (@ernievicente) on

Lihat video kompilasi penuh adegan kejar mengejar Batman dan Joker di sini.



Khabar angin sebelum ini menyatakan bahawa Ben Affleck (Batman) akan muncul dengan kostum di dalam Suicide Squad, dan jika ianya benar, maka adegan mengejar ini boleh membawa kepada sesuatu kejadian atau perkara yang lebih besar - seperti Joker / Batman / Harley bertarung. Juga terdapat khabar angin dalam filem ini bahawa Batman telah kehilangan sidekicknya (Robin) yang mana telah dibunuh oleh Joker.

Bagaimanakah adegan kejar-mengejar ini bakal dimainkan di dalam filem Bunuh diri Squad?.

Pelakon filem Suicide Squad adalah Jared Leto sebagai The Joker , Margot Robbie sebagai Harley Quinn , Will Smith sebagai Deadshot , Jai Courtney sebagai Captain Boomerang , Joel Kinnaman sebagai Rick Flag dan Cara Delevingne sebagai Enchantress , Karen Fukuhara sebagai Katana , Adewale Akinnuoye sebagai Killer Croc , Jay Hernandez sebagai El-Diablo, Adam Beach sebagai Slipknot. Viola Davis sebagai Amanda Waller, dan penampilan khas Ben Affleck sebagai Batman.


Suicide Squad diarahkan oleh David Ayer. Suicide Squad telah dijadualkan tayangannya pada 5 Ogos 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan