ADS

Ahad, 31 Mei 2015

Set LEGO Ant-Man "Final Fight" Mendedahkan Potensi Spoiler Filem Ant-Man


Amaran ! Spoiler Ahead!..
Pada gambar set LEGO Marvel Super Heroes Ant-Man Final Battle (76039) di bawah berkemungkinan mendedahkan watak Villain sebenar atau mungkin sebagai Sidekick Hero di dalam filem Ant-Man. Mungkin akan ada satu kejutan yang bakal berlaku dalam filem Ant -Man Marvel .



Bagaimanakah jika apa yang telah kita saksikan di dalam trailer Ant –Man adalah tidak benar?. Seperti yang anda tahu Darren Cross AKA Jacket Yellow (Corey Stoll) akan menjadi villain utama menentang Scott Lang (Ant-Man), tetapi adakah ianya benar?


Bagaimana jika Ant -Man asal Hank Pym lakonan Michael Douglas adalah merupakan penjahat sebenar dalam filem ini?. Hank Pym telah memanipulasi Scott Lang supaya membantunya untuk mencuri Sut teknologi Ant -Man dari Darren Cross untuk kepentingan dirinya sendiri. 


Michael Douglas juga kelihatan seperti seorang penjahat, dia juga kelihatan seperti seorang yang mempunyai pelan atau rancangan jahat untuk kepentingan dirinya sendiri dalam filem itu. 


Terdapat sebuah sedutan dalam trailer ke-2 Ant-Man pada babak di mana Scoot Lang (Ant-Man) dan Darren Cross (Yellow Jacket) berbual dengan berlatar belakang seperti disebuah Taman, dan Scott Lang berkata“I’m Ant-Man, I know..wasn’t my idea (saya adalah Ant-Man, Saya tahu..ia bukan idea saya)”. Pada babak tersebut seolah-olah seperti tiada permusuhan diantara mereka. Adakah Scott Lang telah mengetahui perkara sebenar di sebalik rancangan Hank Pym dan membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Darren Cross untuk mengalahkan Hank Pym?. Ini akan menjadi sebuah ‘twist’ yang menarik dan ianya akan menjadi sesuatu perkara yang peminat tidak dapat menjangkakannya. 


Anda boleh melihat gambar set Lego 
Marvel Super Heroes Ant-Man Final Battle (76039) di bawah





Hank Pym Dalam Sut Black Ant-Man
Scoot Lang (Ant-Man)
Hank Pym dan Scoot Lang
Adakah Hym Pym akan menjadi Villain yang sebenar?. Jika ianya benar perkara ini adalah mengambil plot yang sama seperti plot dalam filem Iron Man 3, Trevor Slattery (Ben Kingsley) adalah Mandarin palsu dan Adrich Killian (Guy Pearce) adalah merupakan Villain di sebalik tabir dan Mandarin yang sebenar. Mungkin peminat karakter Ant-Man tidak bersetuju jika filem Ant-Man mengambil plot sebegini, kerana Hank Pym adalah merupakan Ant-Man sebenar di dalam komik.

Walaubagaimanapun kita mesti melihat filem tersebut untuk mendapatkan jawapan dan mengetahui perkara yang sebenar.


Sinopsis rasmi filem Ant-Man

Evolusi daripada Marvel Sinematik Universe, membawakan pengasas asal dan anggota Avengers ke layar perak buat kali pertama dengan Ant-Man daripada Marvel Studios. Berbekalkan keupayaan untuk mengecil saiz tubuh badan tetapi dapat meningkatkan kekuatannya, pencuri berpengalaman Scott Lang (Paul Rudd) berubah menjadi wira dan membantu mentornya, Dr. Hank Pym (Michael Douglas), untuk melindungi rahsia di sebalik suit luar biasa Ant-Man daripada ancaman dari generasi baru. Untuk melepasi segala halangan, Hank Pym dan Scoot Lang mesti merancang dan melakukan satu rompakan dengan tujuan untuk menyelamatkan dunia.


Turut dibintangi Judy Greer (Dawn Of The Planet Apes), Bobby Cannavale (Chef, Blue Jasmine), Michael Pena (End Of Watch, Fury), Martin Donovan (Inherent Vice, Insomnia), Wood Harris (Dredd), John Slattery (Mad Men, Iron Man 2), Gregg Turkington ("Gravity Falls," The Comedy), Abby Ryder Fortson (The Whispers), David Dastmalchian (The Dark Knight) dan TI (House of Lies).
Skrip Ant-Man oleh Edgar Wright, Joe Cornish, Andrew Barrer, Gabriel Ferrari dan Adam McKay.

Ant-Man akan ditayangkan dipawagam pada 17 Julai 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan