ADS

Rabu, 6 Mei 2015

Video : Lihat Kucing Menjadi IronCat





Video klip berdurasi seminit lebih itu telah dimuat naik oleh seorang vlogger popular Aaron Benitez yang cukup terkenal dengan video klip yang dihasilkan oleh beliau bersama dengan haiwan peliharaannya.


Video tersebut memaparkan seekor Kucing yang sedang bosan telah diejek oleh sepasang burung bayan yang kelihatan bebas berterbangan diluar tingkap, membuatkan kucing tersebut berasa seperti ingin terbang selepas melihat burung bayan tersebut. Kucing yang bernama Prince Michael itu mula belajar dan mencari cara bagaimana untuk terbang. Berpandukan kepada sains kucing tersebut telah mendapati inspirasi dari filem Marvel Iron Man, dan dengan bantuan tuannya Aaron Benitez, kucing tersebut menjadi ... Iron Cat.


" Tiada kucing atau burung telah disakiti" dalam pembikinan video tersebut, Ujar Aaron Benitez. Anda boleh lihat klip video tersebut dibawah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan