ADS

Rabu, 6 Mei 2015

Scene Loki Dipotong Dalam Avengers: Age Of Ultron




Salah satu karakter yang popular daripada Marvel Sinematik Universe, Loki watak penjahat dalam filem The Avengers dan juga merupakan adik angkat kepada Thor. Peranan Loki yang dibawakan oleh pelakon Inggeris Tom Hiddleston , watak yang mendatangkan malapetaka serta tamak dan rakus untuk menguasai dunia dengan bersekutu dengan Thanos dalam filem The Avengers pertama itu tidak akan muncul dalam filem Avengers : Age Of Ultron. Malangnya, babak adegan God Of Mischief itu telah dipotong walaupun tongkat Scepter miliknya menjadi peranan besar dalam Avengers : Age Of Ultron. 

Menurut pengarah Joss Whedon, dia telah melakukan pengambaran bersama Tom Hiddleston. Pada asalnya watak Loki sememangnya mempunyai penampilan khas dalam filem itu. Tetapi Joss Whedon menjelaskan, dia terpaksa memotong babak Loki untuk memberi ruang yang lebih besar untuk Ultron.

Joss Whedon menceritakan tentang adegan Loki yang telah dipotong dalam Avengers : Age Of Ultron semasa sesi spoiler-filled bersama Empire Podcast. Beliau telah berkongsi sedikit butiran mengenai adegan yang dipotong tersebut. 


Dalam filem, Scarlet Witch dapat membaca fikiran beberapa ahli Avengers, salah seorang daripada mereka adalah Thor. Manipulasi yang dilakukan oleh beliau membuatkan Thor berkhayal dan mendapat urutan mimpi. Bahagian pertama di mana Thor berhalusinasi sedang berada di Asgardian. Heimdall(Idris Elba) datang menghampiri Thor dengan mata yang buta dan bercakap sesuatu yang sukar difahami.

"Loki berada dalam bahagian kedua khayalan Thor" Loki berjalan dalam mimpi Thor, pada ketika itu Tom Hiddleston ( Loki) telah melakukan impression Anthony Hopkins (Odin),meniru gaya dan perwatakan Odin. Sebagai rujukan kecil kepada fakta bahawa Loki berada di atas takhta Asgard. "

" Dia melakukan gaya Odin, dan Thor berkata, ' Oh, ianya mustahil, " kata Whedon . " Dan membuatkan Thor menyedari tentang perkara itu.” Malangnya adegan itu telah dipotong.

Tetapi konflik Joss Whedon bersama Marvel berlaku ketika dia ingin menyelitkan Tom Hiddleston dalam filem. Menurut Whedon , Marvel tidak suka dengan Loki yang berada dalam khayalan Thor Loki - dan mereka juga tidak menyukai adegan di ladang safehouse Hawkeye , tetapi mereka sangat mahukan adegan dalam gua Thor , untuk membantu plot cerita Marvel pada masa hadapan. "Adegan gua itu membuatkan mereka seperti mengacukan pistol di kepala dan berkata, ' Berilah kami adegan gua atau kami akan mengambil adegan ladang, ' tetapi dengan cara yang baik, " katanya. "Saya menghormati mereka semua. Mereka adalah artis. Tetapi perkara itu benar-benar tidak menyenangkan. "

"Kami telah melakukan pengambaran, tetapi ianya tidak dimainkan," katanya. "Filem ini adalah sangat sarat, Ia sudah penuh. Kami tidak mahu ia berasa terlampau padat. Saya benar-benar mahu Loki di dalamnya, tetapi saya memahami keputusan yang telah dibuat, terlalu ramai yang bersuara dalam korus. "

Anda boleh melihat temuramah Joss Whedon dalam MTV news di bawah.



Tom Hiddleston akan memegang semula peranan Loki dalam Thor : Ragnarok yang telah dijadualkan tayangannya pada 3 November 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan