ADS

Khamis, 7 Mei 2015

Quicksilver aka Aaron Taylor Johnson Bercakap Tentang Alternate Ending Avengers : Age Of Ultron




Anda semua pasti sudah menonton filem Avengers: Age Of Ultron, kita telah menyaksikan watak baru, iaitu Quicksilver telah meninggalkan Marvel Sinematik Universe walaupun baru sahaja watak itu diperkenalkan. Seperti yang kita telah lihat Quicksilver telah mengorbankan nyawanya untuk rakan seperjuangan Avenger Hawkeye. Ketika dalam perlawanan akhir menentang Ultron ( James Spader ). Quicksilver menyedari Ultron telah menyerang dengan menembak Hawkeye ( Jeremy Renner ) menaiki Quinn Jet manakala ketika itu Hawkeye sedang menyelamatkan seorang budak lelaki , Quicksilver dengan pantas mengalihkan sebuah kenderaan untuk melindungi Hawkeye dan beliau telah ditembak ketika itu. "You didn’t see that coming?" kata-kata terakhir Quicksilver. Ia adalah merupakan satu momen paling besar dalam filem itu dan mengejutkan semua penonton.



Baru-baru ini Aaron Taylor Johnson telah mendedahkan tentang pelan Marvel jika beliau terselamat di dalam peristiwa yang berlaku pada penghujung Avengers : Age Of Ultron. Pihak Marvel Studio telah menyediakan satu kostum rekabentuk baru untuk pakaian rasmi Quicksilver jika menjadi ahli kumpulan New Avengers.

Kenyataan Aaron Taylor Johnson kepada CinemaBlend:

"Ia [itu] alam semesta Marvel (Marvel Universe). Ia adalah hasrat kami untuk pergi dengan cara yang kami telah lakukan. Terdapat pakaian yang direka untuk sama ada ... jika saya tidak [mati]. Yang mana ialah F*ck*ng cool. Saya seperti, 'Oh My God!.'

Saya tidak pasti jika saya benar-benar boleh turun ke alam(realm) itu, tetapi anda tahu, ya, ia sudah pasti suatu alternatif, yang saya fikir mereka perlu bermain dengannya. Tetapi, ia telah ditetapkan dari awal lagi, dan semuanya dari buah fikiran Joss Whedon yang telah merancang cerita itu ... dan saya adalah permainan untuk cerita itu. Juga, saya fikir ianya benar-benar memberikan [filem] sejenis emosi twist kepadanya. Sebagai kejutan. "


Kenyataan beliau adalah menarik perhatian, Ayat pertama Aaron Taylor Johnson "Ia adalah Marvel Universe," adakah ia merujuk kepada tentang pada hakikatnya bahawa tiada orang yang benar-benar mati dalam Marvel Sinematik Universe?. Phil Coulson, Nick Fury, dan juga Loki di mana mereka telah menipu dan memalsukan kematian mereka, jadi tidak mustahil jika Quicksilver akan kembali.


Dan ini pula kenyataan pengarah Avengers : Age Of Ultron Joss Whedon dalam temubual bersama Empire, pengarah Joss Whedon mendedahkan bahawa dia telah membuat penggambaran untuk sebuah pengakhiran (ending) dengan hasil yang sangat berbeza. Joss Whedon menyatakan di mana Quicksilver pulih dari luka peluru yang ditembak oleh Quinn Jet dipandu oleh Ultron dan menyertai skuad New Avengers Captain America. Dia juga menerima kostum baru.


Kenyataan Joss Whedon kepada Empire:

"Kami sebenarnya telah membuat pengambaran dia (Quicksilver) bersama dalam penghujung filem, dalam kostum, bersama adiknya (Scarlet Witch). Kami juga telah membuat pengambaran adegan di mana dia, bangun dan berkata, 'Ah, saya tidak mati dari kesan luka 47 peluru!' Sebenarnya, kami juga telah melakukan pengambaran untuk sesuatu yang berlainan dengan itu, tetapi ... mungkin saya akan menceritakan tentangnya pada masa akan datang. Tetapi untuk mendapatkan semua ini, anda perlu mempertahankanya. "

Joss Whedon juga telah berkata dalam Blu-Ray Avengers : Age Of Ultron akan memaparkan special feature dengan beberapa deleted scene, konsep art, alternate ending, the making dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan