ADS

Khamis, 14 Mei 2015

Supergirl : Official Trailer Mula Dikeluarkan. Lihat Video Tersebut Di Sini.


CBS telah mengeluarkan treler rasmi siri TV terbarunya Supergirl .

Dibintangi oleh Melissa Benoist sebagai sepupu Krypton Superman, siri ini adalah berdasarkan heroin ikonik di mana permulaan Kara Zor-El sebagai orang biasa sebelum beliau menjadi superhero sepenuhnya. Dibintang bersama Calista Flockhart sebagai Cat Grant pemenang Golden Globe dan Mehcad Brooks sebagai Jimmy Olsen. Antara Siri superhero terbaru dibawakan oleh DC Entertainment ialah The Flash dan Arrow pengeluar eksekutif Greg Berlanti dan Andrew Kreisberg, bersama-sama dengan Ali Adler dan Sarah Schecter.


Anda boleh melihat trailer tersebut di bawah, bersama dengan sinopsis




Supergirl adalah berdasarkan drama action adventure berdasarkan watak DC Comics Kara Zor-El (Melissa Benoist), (Kal-El) sepupu Superman, selepas 12 tahun menyembunyikan kuasanya di Bumi, beliau akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan kebolehan luarbiasa beliau dengan menjadi seorang wira. Ketika Kara berusia dua belas tahun Planet Krypton dilanda malapetaka, menyebabkan dia terpaksa berhijrah ke planet lain dengan bantuan ibu bapanya. Dibesarkan di Bumi oleh keluarga angkatnya, Danvers, Kara dibesarkan dalam jagaan kakak angkatnya, Alex (Chyler Leigh), dan belajar untuk menyembunyikan kuasa yang luar biasanya sama seperti sepupunya yang terkenal (Superman) untuk menjaga identitinya. Ketika berusia 24 tahun, Kara tinggal di National City dan bekerja di Maestro Media bersama taskmaster yang garang Cat Grant (pemenang Anugerah Golden Globe Calista Flockhart), yang hanya mengupah bekas jurugambar dari Daily Planet, James Olsen (Mehcad Brooks), sebagai pengarah seni barunya. Walau bagaimanapun, identiti Kara diketahui oleh Hank Henshaw (David Harewood), seorang ketua agensi super-rahsia, beliau adalah merupakan rakan sekerja kakaknya. Kara nekad menggunakan kuasanya melindungi penduduk National City dari ancaman kuasa jahat. Kara perlu mencari jalan untuk mengunakan kuasa untuk memerangi jenayah.

Executive Producer Greg Berlanti (The Flash, Arrow), Ali Adler, Sarah Schecter dan Andrew Kreisberg dari Berlanti Productions dengan kerjasama Warner Bros televisyen. Episod ini telah diarahkan oleh Glen Winter (Arrow).

Supergirl tayangan perdana pada November ini untuk masa slot malam Isnin 20:00 di CBS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan