ADS

Ahad, 17 Mei 2015

Adakah Hulk(Mark Ruffalo) Akan Menyertai Captain America: Civil War?


Beberapa minggu yang lalu pihak Marvel Studio telah mengadakan sidang akhbar pengumuman nama pelakon-pelakon yang akan membintangi filem Captain America : Civil War. Tetapi antara nama ahli Avengers yang tiada di dalam senarai pelakon tersebut adalah Thor (Chris Hemsworth) dan Hulk (Mark Ruffalo) , tetapi baru-baru ini pelakon Mark Ruffalo (Hulk) telah menulis Tweet dengan caption “The Marvel family gets just a little bit bigger.” Seperti membayangkan bahawa dia akan turut serta di dalam Captain America : Civil War.

Spekulasi bermula apabila Ruffalo menulis Tweet yang agak samar seperti membayangkan dia bakal turut serta dalam Captain America : Civil War, dengan mengatakan bahawa keluarga Marvel akan menjadi lebih besar. Tweet yang ditulis oleh Mark Ruffalo itu telah perhatian menarik pihak media dan peminat.


Mark Ruffalo juga telah memuat naik pada gambar pada laman Tumblr miliknya yang memaparkan logo filem Captain America : Civil War dengan caption " Welcome to the wild party! Looking forward to this amazing cast(Selamat datang ke parti liar! Ingin melihat pelakon hebat ini). "

Jadi apakah yang dimaksudkan oleh Mark Ruffalo sebenarnya?. Adakah beliau mengatakan bahawa dia tidak sabar untuk melihat pelakon yang membintangi filem Captain America : Civil War , atau beliau membayangkan bahawa beliau akan turut serta membintangi filem tersebut?. Atau adakah maksud mesej dari Mark Ruffalo ini merujuk kepada Jeneral Ross (William Hurt) yang telah disahkan akan membintangi filem tersebut. Tetapi buat masa ini masih tiada sebarang kenyataan dari Marvel Studios.

Apa pendapat anda?. Adakah anda ingin melihat Hulk atau Bruce Banner muncul sebagai cameo dalam Captain America : Civil War?. Pada penghujung filem Avengers : Age Of Ultron, Hulk telah mengasingkan dirinya dan telah pergi dengan menaiki Quinn Jet Avengers. Di manakah anda rasa Hulk berada?.

Captain America : Civil War telah dijadualkan tayangannya pada 5 Mei 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan