ADS

Rabu, 13 Mei 2015

X-Men :Apocalypse : Foto Professor X Muda(James McAvoy) Akhirnya Botak





Salah satu perkara yang membuatkan kita teruja tentang filem X -Men prequel arahan Bryan Singer adalah tentang fesyen. X -Men : Apocalypse akan mengambil latar belakang tahun 1980-an, yang bakal memperkenalkan karakter versi muda Storm, Cyclops, Jean Grey, Nightcrawler dan ramai lagi.

Apa yang menyedihkan James McAvoy (Professor Charles Xavier muda) tidak dapat untuk bereksperimen dengan gaya rambut tahun lapan puluhan. Beliau menggayakan rambut yang kemas dalam X -Men : First Class dan dalam X-Men : Days Of Future Past beliau berambut panjang serta berjambang. Tetapi dalam X -Men : Apocalypse beliau akan mula melakukan peralihan wataknya dengan menjadi botak

Terima kasih kepada Bryan Singer kerana beliau telah berkongsi satu foto belakang tabir di Instagram, yang menunjukkan kepala pelakon James McAvoy dicukur sepenuhnya. X -Men : Apocalypse baru sahaja memulakan pengambaran beberapa minggu lalu. Berkemungkinan bahawa Charles akan mempunyai rambut sekurang-kurangnya sebahagian daripada filem itu.

James McAvoy memberi bayangan bahawa dia mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rambutnya semasa temu bual pada tahun lepas, di mana beliau berkata , "Saya akan menjadi semakin berusia dan saya fikir saya akan kehilangan rambut saya nanti " Rupa barunya pasti akan membantu untuk membuat perbezaan yang lebih drastic diantara penampilannya dalam X -Men : Days Of Future Past dengan X -Men : Apocalypse. Ianya tidak mudah untuk membuat pelakon kelihatan satu dekad lebih tua dalam sesebuah filem.



Adalah sukar untuk mengatakan sama ada James McAvoy kelihatan lebih tua dari pandangan sisi, tetapi pasti beliau kelihatan lebih teruk. Apa yang lebih penting rupanya pasti sesuai untuk versi Prof.X muda menyamai dengan versi Patrick Stewart. Di dalam buku komik Charles Xavier kehilangan rambutnya ketika remaja daripada kesan sampingan mutasi, tetapi dalam filem usianya adalah sekitar empat puluh tahun pada semasa rambutnya hilang sepenuhnya. Mungkin beliau akan kehilangan rambutnya perlahan-lahan.

X-Men : Apocalypse telah ditulis oleh penulis veteran X-Men Simon Kinberg, Michael Dougherty dan Dan Harris. Oscar Ishak akan memegang watak villain, Apocalypse: sebuah mutan kuno dan hidup kekal abadi yang muncul pada 1980-an untuk membawa malapetaka kepada Profesor X dan pasukan muda X-Men.

Fantastic Four 7 Ogos 2015, Deadpool 12 Februari 2016, X-Men: Apocalypse 27 Mei 2016, Gambit 7 Oktober 2016, Wolverine 3 (bukan tajuk rasmi) 3 Mac 2017, Fantastic Four 2, 9 Jun 2017.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan