ADS

Isnin, 4 Mei 2015

Video & Foto Pertama Pelakon Suicide Squad Di Set Pengambaran.




Gambar pertama pelakon daripada Suicide Squad telah didedahkan. Foto pertama ini telah dimuat naik oleh pengarah filem tersebut David Ayer di laman media sosialnya, Serta caption , " Ahli Task Force X sudah berkumpul dan bersedia. " Seperti yang anda dapat lihat, gambar tersebut memaparkan keseluruh team member Suicide Squad, tetapi Joker tiada dalam gambar tersebut. Berkemungkinan pengarah David Ayer merasa Joker tidak perlu serta dalam gambar tersebut, lagipun gambar Joker telah didedahkan olehnya sebelum ini. Ia juga mungkin bahawa Joker adalah bukan ahli pasukan Task Force X dan memainkan peranan sebagai sasaran untuk Suicide Squad. Kesemua ahli Suicide Squad adalah merupakan karakter villain dari DC Comics dan juga musuh Batman.




Antara pelakon filem Suicide Squad adalah Jared Leto sebagai The Joker , Margot Robbie sebagai Harley Quinn , Will Smith sebagai Deadshot , Jai Courtney sebagai Captain Boomerang , Joel Kinnaman sebagai Rick Flag dan Cara Delevingne sebagai Enchantress , Karen Fukuhara sebagai Katana , Adewale Akinnuoye sebagai Killer Croc , Jay Hernandez sebagai El-Diablo, Adam Beach sebagai Slipknot. Viola Davis akan memegang peranan Amanda Waller.

Anda boleh lihat video di set pengambaran Suicide Squad di bawah 





Suicide Squad diarahkan oleh David Ayer. Suicide Squad telah dijadualkan tayangannya pada 5 Ogos 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan