ADS

Rabu, 20 Mei 2015

Lihat Joker Bersama Harley Quinn Pada Set Penggambaran Filem Suicide Squad




Beberapa gambar dan video dari set pengambaran filem Suicide Squad telah diambil oleh peminat dan paparazi di bandar Toronto. Jared Leto yang memegang peranan Joker dilihat memakai suit berwarna kelabu hitam, ianya menyerupai karakter Joker dari Frank Miller The Dark Knight Returns, manakala Margot Robbie hanya memakai pakaian kasual tidak memakai kostum.

Dalam versi filem ini Harley Quinn nampaknya kelihatan seperti obsess dengan Joker. Rumor menyatakan bahawa scene lakonan mereka ini mungkin merupakan flashback pra- transformasi Dr. Harleen Frances Quinzel sebelum berubah menjadi Harley Quinn. Dalam scene tersebut memaparkan Joker menghentikan keretanya di tengah-tengah jalan raya, dan Harley Quinn kelihatan sedang marah kemudiannya bertengkar dengan Joker. Selepas itu mereka bercium, dalam ketika itu seorang lelaki datang menghampiri mereka (mungkin berniat untuk meleraikan pertengkaran) dan Harley Quinn terus menembak lelaki tersebut. Kemudian Harley Quinn mengacukan pistol pada dahi Joker, dengan pantas Joker merampas pistol tersebut dan menampar Harley Quinn.

Anda boleh gambar dan video di bawah.




































































Origin Harley Quinn dalam komik pada asalnya beliau adalah merupakan Dr.Pakar Psikiatri di Arkham Asylum yang menjadi Doktor yang ditugaskan untuk merawat dan memahami psikologi Joker. Tetapi dengan perlahan-lahan Joker mengubah psikologi Harley sehingga membuatkan dia juga menjadi seorang pembunuh. Kemudian beliau melalui transformasi yang sama seperti Joker dengan mengambil bahan kimia yang membuatkan warna kulitnya pudar(pucat) dan fikirannya menjadi bercelaru. Tetapi masih tiada berita tentang origin Harley Quinn samada mempunyai persamaan dengan origin komik atau tidak di dalam filem Suicide Squad.

Suicide Squad diarahkan oleh David Ayer. Suicide Squad telah dijadualkan tayangannya pada 5 Ogos 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan