ADS

Sabtu, 7 Mac 2015

Wolverine 3 Mula Penggambaran Tahun Depan



James Mangold , pengarah filem The Wolverine bakal mengarahkan filem solo Wolverine yang ketiga, Mangold  telah menulis tweet berita mengenai bila penggambaran filem Wolverine akan bermula. Filem ketiga Wolverine ini menceritakan tentang pengembaraan Logan dimasa hadapan selepas sejarah berubah selepas kejadian yang telah berlaku di dalam filem X-Men : Days Of Future Past.


Mangold disoal oleh Rob Anthony Yeadon di Twitter " Bilakah penggambaran Wolverine 3 akan bermula? " dengan ringkas dia menjawab twitter tersebut, " Awal tahun depan . "



Hugh Jackman bakal mengulangi peranannya sebagai Wolverine dan menyatakan filem ini mengambil sedikit persamaan plot penceritaan berdasarkan komik .

Filem solo Wolverine ini telah dijadualkan oleh 20th Century Fox Studio akan ditayangkan di pawagam pada 3 Mac 2017 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan