ADS

Sabtu, 7 Mac 2015

Supergirl : imej Melissa Benoist memakai kostum.


Warner Bros televisyen telah mengeluarkan dua imej pertama dari CBS new pilot Supergirl , daripada penerbit The Flash dan Arrow iaitu Greg Berlanti dan Andrew Kreisberg.
Sebuah siri yang baru sahaja memulakan penggambaran pada minggu ini, Melissa Benoist telah dipilih untuk membawa watak Kara Danvers/Kara Zor - El dan supergirl.


Chyler Leigh dari siri Grey Anatomy akan membawa watak Alex iaitu kakak angkat Kara, David Harewood sebagai Hank Henshaw iaitu Pengarah Operasi Jabatan Luar Biasa, Mehcad Brooks adalah Jimmy Olsen dan Calista Flockhart dari siri Ally McBeal memegang watak Cat Grant iaitu bos Kara ini. Laura Benanti , Dean Cain dan Helen Slater juga mempunyai peranan dalam siri ini, dan pelakon filem Iron Man Faran Tahir akan memainkan salah satu watak penjahat.

Kostum Supergirl ini direka oleh Colleen Atwood , yang juga merupakan kostum designer untuk siri Arrow dan The Flash yang mana telah memenangi Academy Awards untuk kerjanya untuk filem Alice in Wonderland , Memoirs of a Geisha dan Chicago , serta lapan pencalonan Oscar tambahan untuk filem seperti Into the Woods, Snow White and Huntsman , Sweeney Todd : The Demon Barber of Fleet Street dan Sleepy Hollow.

"Dalam penghasilan kostum untuk supergirl, saya mahu membawa rekaan kostum wira yang mengikut gaya fesyen terkini, mengikut perubahan zaman," kata Atwood.

Supergirl telah dilahirkan di planet Krypton, Kara Zor-El melarikan diri ke bumi menaiki kapal angkasa semasa kehancuran planet Krypton semasa usianya masih kecil. Sejak tiba di Bumi, dia telah menyembunyi kuasa dan kebolehannya yang sama seperti dengan sepupunya yang cukup terkenal. Pada usia 24, dia memutuskan untuk menggunakan kebolehannya dengan menjadi seorang wira.

Supergirl adalah hasil terbitan dari penerbit eksekutif / penulis Greg Berlanti, Ali dan Andrew Adler Kreisberg. Sarah Schechter juga penerbit eksekutif, dengan Glen Winter sebagai pengarah. Berdasarkan watak-watak dari DC Comics, Supergirl dihasilkan oleh Berlanti Productions dengan kerjasama Warner Bros televisyen.

Melissa Benoist adalah pelakon ketiga memainkan watak Supergirl pada layar skrin, Helen Slater adalah wanita yang pertama memegang watak Supergirl yang muncul di dalam filem dan yang kedua Laura Vandervoort dalam siri tv Smallville. Kedua-dua pakaian mereka menggunakan warna lebih cerah seperti di dalam komik-tradisional, walaupun Vandervoort tidak pernah memakai kostum Supergirl yang lengkap dan hanya memakai pakaian yang menyamai rupa pakaiannya dari komik.
Apakah pendapat anda tentang kostum baru Supergirl?. Sila tinggalkan komen di bawah.

Photo Kredit: Bonnie Osborne

Tiada ulasan:

Catat Ulasan