ADS

Rabu, 11 Mac 2015

Siapa Yang Akan Mati Dalam Avengers : Age Of Ultron ?



Avengers: Age Of Ultron bakal ditayangkan tidak lama lagi, terdapat banyak spekulasi dan persoalan mengenai apa yang akan berlaku dalam filem itu. Kita tahu bahawa pada pengakhiran filem itu Avengers akan membentuk sebuah pasukan yang mempunyai ahli yang baru, tetapi kita masih tidak mengetahui siapa yang bakal menyertai pasukan itu.

Pengarah Joss Whedon sememangnya terkenal dengan trademark suka membunuh salah satu karakter di dalam filem atau rancangan tv di bawah arahannya seperti di dalam filem The Avengers, Agent Coulson telah terbunuh selepas ditikam oleh Loki dengan menggunakan sceptornya.  Berkemungkinan kita akan kehilangan salah satu daripada ahli pasukan Avengers di dalam filem Age Of Ultron. Selain itu, dalam trailer ke-3 Avengers : Age Of Ultron yang dikeluarkan minggu lalu, terdapat satu babak dimana Tony Stark berkata kepada Steve Rogers, "Tiada apa yang mampu kita lakukan," dan Steve Rogers menjawab: "Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan malam esok."

Adakah Capten Amerika bersedia untuk mengorbankan dirinya, tetapi adakah dia akan mengorbankan dirinya? Mungkin tidak. Kerana nama beliau adalah tajuk dan pelakon utama untuk filem seterusnya Captain America 3 : Civil Wars yang akan ditayangkan pada 6 Mei 2016. Di dalam Civil Wars IronMan juga turut serta mengambil bahagian dimana plot utama filem tersebut adalah IronMan akan menjadi musuh kepada Captain America. Ini bermakna Falcon adalah di dalam zon selamat, kerana dia bakal menjadi konco kepada Captain America dan dia mungkin tidak mempunyai peranan utama di didalam Avengers : Age Of Ultron, tetapi kemunculannya di dalam Age Of Ultron telah disahkan.

Kita telah melihat banyak babak Scarlet Witch dan Quicksilver di dalam trailer. Sebahagiannya adalah mereka bersama Ultron menentang pasukan Avengers, tetapi dalam trailer yang ke-3, kita dapat lihat Scarlet Witch turut serta berjuang bersama pasukan Avengers menentang Ultron buat kali pertama. Yang menjadi persoalan, dimanakah Quicksilver ? Adakah dia masih dipihak Ultron atau adakah Ultron telah membunuhnya, menyebabkan kakak kembarnya Wanda aka Scarlet Witch berubah hati? Berkemungkinan ketiadaan Quicksilver mempunyai sebab-sebab yang tertentu.

Selain itu Thor juga telah disahkan untuk menyambung pengembaraanya di dalam filem seterusnya Thor 3 : Ragnarok pada 3 November 2017. Boleh jadi juga Ultron akan membunuh Thor, dan kemudian Thor telah dihidupkan kembali seperti di dalam komik. But I don’t think so..

Salah satu watak utama yang telah disahkan tidak mempunyai apa-apa filem pada masa akan datang adalah Hulk. Walaubagaimana pun adalah mustahil dan tidak mungkin raksasa Hulk itu boleh dibunuh, tetapi itu tidak bermakna Ultron tidak mampu menghapuskan raksasa Hulk. Mungkin ini akan membuatkan Tony Stark menyokong Akta Pendaftaran, yang akan menjadi plot di dalam filem Captain America 3 : Civil Wars, kerana sains bro Bruce Banner dan Tony Stark adalah sahabat baik.

Sudah tentu Black Widow, Hawkeye dan Nick Fury juga mempunyai potensi untuk terbunuh. Karakter Nick Fury adalah merupakan kunci utama dalam Marvel Sinematik Universe, tetapi karakternya berpotensi besar untuk terbunuh, ianya mungkin atau tidak hanya sekadar spekulasi sahaja. Black Widow dan Hawkeye pula adalah mustahil, kerana mereka telah disahkan akan turut serta di dalam Captain America : Civil Wars. Hawkeye akhirnya mendapat peluang untuk membuktikan kebolehan dirinya di dalam filem Avengers : Age Of Ultron, kerana dalam Avengers pertama dia adalah di bawah kawalan Loki sebahagian di dalam filem itu, jadi ianya tidak adil jika dia terbunuh di dalam Age Of Ultron.

Hayley Atwell, yang telah memainkan watak Peggy Carter dalam Capten America: The First Avenger, Capten America: Winter Soldier, dan siri Tv Agen Carter, akan turut serta berada di dalam filem Avengers : Age Of Ultron. Tetapi kita masih tidak mengetahui samada ianya adalah flashback, mimpi, atau dirinya yang tua, tetapi siapa tahu berkemungkinan sudah tiba ajalnya.

Vision, juga akan memainkan peranan dalam filem ini . Kita telah mendapat sedikit gambaran pertamanya dalam trailer ke-3, dan mungkinkah dia akan mengorbankan dirinya untuk menghentikan Ultron? Ianya juga satu kemungkinan.


Siapa yang anda fikir akan mati dalam filem Avengers : Age Of Ultron??..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan