ADS

Rabu, 11 Mac 2015

Rumor : Adakah Sam Strike Bakal Menjadi Spider -Man ?


Bekas pelakon East Enders iaitu Sam Strike, yang memegang watak Johnny Carter, telah mendapat peranan utama dalam filem besar Hollywood. Mungkinkah ianya, Spider-Man?

Pelbagai pihak telah membuat spekulasi mengenai khabar angin yang tersebar pada internet semalam. Semalam, ejen Strike Lee Morgan mendedahkan bahawa Strike telah ditawarkan sebagai peranan utama dalam "filem Hollywood yang besar." Sam Strike telah menulis tweet pada beberapa hari lepas dia memberitahu dia telah mula membuat persiapan untuk peranannya di dalam filem baru Hollywood dengan membuat latihan di gym.




Jadi, apa kaitannya kepada Spider-Man? Pada hari dia menulis tweet tentang dia berlatih di gym, Sam Strike telah menghantar retweet semula satu tweet daripada Robert Downey Jr. Downey akan muncul dalam Capten America: Civil Wars, yang dijangka menampilkan penampilan pertama Spider-Man baru hasil kolaborasi Sony Picture bersama Marvel. Manakala Spider-Man reboot pula dijangka ditayangkan di pawagam pada 28 Julai, 2017. Yup, itulah dia.

Siapa tahu, mungkin dia akan menyertai rakannya pelakon Ben Hardy dalam filem arahan Bryan Singer X-Men: Apocalypse? Atau, mungkin dia akan berada dalam Suicide Squad yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi?

Terkini El Mayimbe menulis tweet bahawa dia telah mendengar bahawa peranan Sam Strike berkemungkinan adalah lebih kepada filem X-Men atau Deadpool. Tambah lagi pelakon untuk memegang peranan sebagai Spider-Man masih lagi dalam proses pencarian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan