ADS

Selasa, 10 Mac 2015

5 Easter Eggs yang mungkin anda terlepas di dalam trailer ke-3 Avengers:Age Of Ultron


Dalam trailer ketiga filem Avengers : Age Of Ultron telah memaparkan lebih banyak isi kandungan yang padat dan mempunyai Easter Eggs. Frasa "Easter Eggs" adalah bermaksud petunjuk atau pembayang tidak kira apa sahaja benda atau objek yang terdapat pada latar belakang di dalam sebuah rancangan tv atau filem yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan perkara yang akan berlaku dimasa hadapan.


Ada sesetengah website telah mengaitkan beberapa Easter Eggs di dalam clip trailer tersebut, contohnya seperti Bruce Banner aka The Hulk mempunyai hubungan bersama Natasha Romanoff  aka Black Widow dan juga penampilan pertama karakter Vision. Dan ada juga yang mengaitkan dengan Easter Eggs yang tidak masuk akal seperti Scarlet Witch berpakaian seperti superheroine DC 90-an iaitu Anima ...whaaaaat?….
tetapi terdapat banyak perkara yang mungkin kita tidak sedari mempunyai Easter Eggs di dalam clip trailer itu, jadi cuba kita imbas kembali maklumat yang terdapat pada clip trailer tersebut.

Jubah Ultron (Ultron's cloak)

Penampilan pertama Ultron di dalam komik, beliau telah didedahkan dengan secara dramatik.
Bagaimana dramatik ? Seperti di dalam komik Ultron mempunyai jubahnya sendiri penampilan Ultron yang pertama yang berpewatakan bengis amat menggerunkan pasukan Avengers seperti yang dapat dilihat di atas, tetapi kita tidak pasti sama ada ianya adalah Ultron, kerana di dalam clip trailer sebelum ini kita dapat melihat Ultron tidak memakai jubah. Karakter Marvel yang lain yang terkenal dengan memakai jubah adalah Crimson kowl. Whaat?... I don’t think so..Tetapi pelbagai karakter telah diperkenalkan oleh Marvel antaranya Edwin Jarvis ( muncul dalam siri TV Agent Carter yang juga termasuk di dalam Marvel Sinematik Universe sebagai butler yang setia kepada Howard Stark dan konco kepada Ejen Peggy Carter ).
Tony Stark memegang Scepter Loki

Mengapa Avengers menggunakan tongkat Loki untuk kali ini, tidak menghantar kembali ke Asgard bersama dengan Thor seperti yang telah lihat pada penghujung filem The Avengers?. Mungkin mereka terlupa atau sahaja buat-buat lupa?...Ianya jelas mungkin tongkat milik Loki itu akan digunakan dalam senario kes kecemasan , Berkemungkinan Tony Stark di dalam keadaan terdesak dan terpaksa menggunakannya Scepter milik Loki itu. Mungkin ini tidak akan menjadi sebahagian plot utama di dalam filem itu.
Vision dengan Soul Stone

Seperti yang dapat kita lihat pada gambar di atas, Terdapat sebuah batu permata berwarna kuning pada dahi Vision. Berkemungkinan ianya adalah Soul Stone satu daripada enam biji Infinity Stone yang mana mempunyai kaitan dengan Thanos. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai plot untuk Avengers 3 & 4 : Infinity Wars Thanos
datang ke bumi untuk mendapatkan dua biji batu yang pertama Mind Stone-pada Scepter Loki dan Soul Stone pada Vision yang berada dibumi. Mungkin Soul Stone membuatkan Vision menjadi bernyawa. Khabarnya Vision adalah hasil ciptaan sains bro Tony Stark dan Bruce Banner. Kalau betul ianya adalah Soul Stone bagaimana mereka memperolehinya?.
 Menara Avengers

Pada penghujung filem The Avengers kita telah menyaksikan sebahagian Menara Stark telah musnah selepas serangan Loki dengan askar Chitauri, Menara milik Tony Stark itu telah telah diubahsuai dijadikan proto - menara Avengers yang mana merupakan menara dijadikan sebagai markas kumpulan Avengers seperti di dalam komik.
Bruce Lee

Yang terakhir sekali seperti yang kita dapat lihat Tony Stark memakai T-Shirt Bruce Lee. Shirt yang sangat cool.  Tony Stark beli kat mana?!. I want one!!..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan