ADS

Jumaat, 6 Mac 2015

Adakah Michael Shannon(General Zod) akan turut serta di dalam filem Batman V Superman : Dawn of Justice?



Adakah penjahat dari Man of Steel iaitu General Zod lakonan Michael Shannon akan muncul dalam filem yang akan datang Batman V Superman : Dawn Of Justice ?. Terdapat spekulasi dimana mayat General Zod yang telah mati diambil oleh Lex Luthor , ataupun perisai serta senjatanya. Ramai peminat telah membuat spekulasi bahawa perisai pertempuran Krypton boleh diubah suai untuk dijadikan perisai pertempuran Lex Luthor yang berwana hijau dan ungu seperti di dalam buku komik .




Pada bulan November 2014, terdapat gambar telah dimuat naik dari Billydec bersama dengan Henry Cavill dan Michael Shannon berhampiran set batman V Superman di Chicago :



Berikut adalah apa yang kita telah dengar: General Zod mungkin tiada di dalam filem Batman V Superman tetapi itu tidak bermakna tidak ada Michael Shannon.

Penjahat yang seolah-olah menjadi kunci kepada masa depan DC sinematik Universe: mayatnya dicuri (atau mungkin hanya diperoleh, memandangkan hubungan tentera dalam kebanyakan versi mitologi moden) oleh Lex Luthor dan melakukan ujikaji pada mayat tersebut, mungkin dengan harapan dapat mencari kelemahan untuk mengeksploitasi Superman. Hasil daripada eksperimen tersebut Lex Luthor telah menghasilkan genom Doomsday seperti di dalam The Death Of Superman.

Berkemungkinan bahawa badan General Zod akan mengambil rupa Doomsday, dan dari sudut itu ia boleh jadi sesiapa. Pelakon stunt atau pun sesiapa sahaja boleh membawa watak Doomsday. Jika pihak studio atau pengarah mengambil keputusan untuk mengambil Michael Shannon sebagai Doomsday,
Shannon boleh melakukan ‘motion capture’ pada set tertutup.

Dalam komik, Doomsday telah dicipta oleh seorang saintis Krypton dikenali sebagai Bertron yang cuba mempercepatkan evolusi untuk mencipta sebuah senjata mahluk hidup yang sempurna. Ianya memakan diri, Doomsday membunuh Bertron dan anak kapalnya, tetapi Doomsday dan akhirnya ditangkap dan dilalikan seterusnya dimasukkan ke dalam sebuah kapal angkasa kemudiannya dilancar ke angkasa dibiarkan terawang-awangan sehinggalah ianya terhempas di bumi dikawasan luar bandar Ohio. Selepas beberapa tahun kemudian kapal angkasa tersebut telah ditemui menyebabkan raksasa tersebut bangun dan menggugat keamanan.



Dalam siri Smallville dan Animasi All-Star Superman, Doomsday telah dihasilkan dari manipulasi genetik . Khabarnya mereka akan mengambil plot yang sama untuk filem Batman V Superman. Ianya juga mungkin, memandangkan Zod adalah warisan Krypton dilahirkan khususnya menjadi seorang pahlawan , Superman dan kryptonian adalah bukan jenis " pahlawan " tidak mempunyai genom Doomsday sama sekali.Walaupun itu semua adalah spekulasi.

Dalam animasi filem Superman : Doomsday , itu Lex Luthor yang menjumpai tubuh Doomsday dalam kapsul dan apabila ia reanmiates , beliau berharap untuk menggunakannya untuk menghapuskan Superman . Ia seolah-olah mereka akan mengambil plot sebegini.

Kami tidak dapat mencari apa-apa rujukan mengenai tempoh kontrak untuk General Zod lakonan Michael Shannon dan Kryptonians yang lain dalam Man of Steel , tetapi selalunya filem berbentuk francais menawarkan kontrak tiga wayang gambar.


Sumber Russ Burlingame 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan