ADS

Selasa, 13 Oktober 2015

Sinopsis X -Men : Apocalypse Telah Dikeluarkan



Selepas kejayaan X-Men : Days Of Future Past pada tahun lepas, pengarah Bryan Singer memerlukan jalan cerita yang lebih besar untuk filem susulan beliau. X-Men telah berhadapan dengan pengembaraan masa dan mengalami masa depan alternatif yang gelap, tidak lupa robot pemburu mutan Sentinels yang dicipta oleh Dr. Bolivar Trask. Terdapat banyak cerita ikonik dari komik X-Men, sebahagiannya jalan cerita yang popular dari komik telah diadaptasikan dalam francais X-Men sebelum ini. Kali ini X-Men bakal berhadapan dengan satu karakter villain klasik yang masih belum pernah diadaptasikan di layar perak, iaitu En Sabah Nur atau lebih dikenali sebagai Apocalypse.

X-Men: Apocalypse akan menjadi tanda pengakhiran bagi naskah trilogi X-Men yang bermula dengan X-Men : First Class 2011, yang membuka kembali francais dari Fox Studio untuk reboot X-Men Universe. Karakter Apocalypse bakal dimainkan oleh Oscar Isaac, Apocalypse yang digelar sebagai dewa ghaib akan menjadi satu ancaman terbesar buat X-Men. Peminat yang mengikuti francais ini semestinya sudah bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai plot filem dan bagaimana faktor penjahat bakal dimainkan dalam X-Men universe selepas kejadian yang berlaku dalam Days of Future Past.



Psylocke (Olivia Munn), Apocalypse (Oscar Isaac) dan Magneto (Michael Fassbender) menjadi cover majalah Entertainment

Sinopsis rasmi X-Men: Apocalypse telah dikeluarkan. Konflik besar antara penjahat yang berkuasa dan pasukan X-Men bakal dipentaskan. Baca plot sinopsis X-Men : Apocalypse di bawah:

Sejak dari tamadun awal, beliau telah disembah sebagai tuhan. Apocalypse, merupakan mutan yang pertama di dunia dan paling berkuasa dalam Marvel X -Men Universe, mengumpul banyak mutan lain yang berkuasa, menjadi kekal abadi dan kebal. Selepas terjaga dari beribu-ribu tahun, beliau tidak menyukai dengan keadaan dunia pada ketika ini dan merekrut satu pasukan mutan yang berkuasa, termasuk Magneto (Michael Fassbender ) yang kecewa dengan manusia, untuk menghapuskan manusia dan mewujudkan satu pemerintahan dunia baru, di mana dunia akan berada di bawah pemerintahan beliau. Nasib Bumi bergantung kepada, Raven-Mystique (Jennifer Lawrence) dengan bantuan Profesor X ( James McAvoy ) perlu membimbing dan mengetuai satu pasukan X -Men muda untuk menghentikan musuh terbesar mereka dan menyelamatkan manusia dari kemusnahan.


Foto Disebalik Tabir Pembikinan Filem X-Men : Apocalypse








Dari sinopsis ini ianya tidak memberikan banyak maklumat baru tentang filem ini, tetapi telah mengesahkan motif Apocalypse. Mutan di dalam francais X-Men dilayan sebagai “orang asing,dibenci dan ditakuti” oleh manusia biasa. Apocalypse percaya dengan hanya yang kuat sahaja yang dapat meneruskan kehidupan, mutan sepatutnya menguasai planet Bumi. Oleh itu, apabila beliau terjaga pada zaman moden dan memerhatikan dan mendapati bahawa mutan bersembunyi di kalangan umat manusia, ia bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan kuasa. Pandangannya adalah sama seperti dengan Magneto, jadi ia tidak menghairankan jika kedua-dua mereka akan bekerjasama untuk menakluk manusia.

Yang paling menarik ialah Mystique akan bekerjasama dengan X-Men dalam kapasiti tertentu. Pada pengakhiran Days of Future Past, dia telah pergi membawa diri dan tidak mempunyai apa-apa kaitan sama ada Profesor X atau Magneto. Berkemungkinan selepas beliau menyelamatkan Wolverine (Hugh Jackman) daripada William Stryker, dia meninggalkan Magneto dan Prof X untuk mengumpul dan menubuhkan kumpulan sendiri dan melancarkan Brotherhood of Evil Mutan versinya sendiri. Apocalypse adalah satu ancaman yang cukup besar untuk membuatkan kedua-dua pasukan bersatu bagi menghadapi peperangan pada skala epik dalam filem ini.




X-Men : Apocalypse diarahkan oleh Bryan Singer, ditulis oleh penulis veteran X-Men Simon Kinberg, Michael Dougherty dan Dan Harris.

X-Men: Apocalypse telah dijadualkan tayangannya pada 27 Mei 2016.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan