ADS

Ahad, 11 Oktober 2015

Pendapat Anthony Mackie Dan Sebastian Stan Mengenai Siapakah Yang Layak Mengambil Mantel Captain America





Mungkin sebahagian daripada anda tidak mengetahui bahawa Winter Soldier dan Falcon pernah mengambil mantel Captain America di dalam komik. Pada pengakhiran dalam komik crossover Marvel Civil War crossover yang ditulis oleh Mark Miller, Steve Rogers telah terbunuh pada pengakhiran komik tersebut, beliau telah ditembak mati oleh Crossbone. Captain America telah memberikan amanat terakhir kepada Tony Stark/Iron Man memintanya supaya menjaga kawan lama beliau Bucky Barnes/Soldier Winter dan memastikan mantel Captain America diambil alih dan dibiarkan berterusan. Kemudian Tony Stark telah melantik Bucky sebagai Captain America baru. Manakala Captain America Falcon pula baru sahaja diperkenal oleh Marvel dalam siri komik "All- New Captain America" pada tahun lepas. Falcon menjad Captain America yang baru menggantikan Steve Rogers yang telah berusia 90 tahun.

Beberapa minggu yang lalu telah berlansungnya konvensyen Comic Con di Bandar Salt Lake, Amerika. Pelakon terkenal dari francais Captain America Chris Evans(Captain America/Steve Rogers), Hayley Atwell(Agent Carter)  Anthony Mackie(Falcon) dan Sebastian Stan(Winter Soldier) adalah merupakan antara bintang filem yang menghadiri konvensyen tersebut. The Salt Lake Tribune berkesempatan untuk menemuramah dengan kedua-dua pelakon Anthony Mackie dan Sebastian Stan dan bertanyakan pendapat pendapat mereka tentang masa depan dalam Marvel Cinematic Universe dan siapakah yang patut mengambil alih mantel Captain America jika Steve Rogers (Chris Evans) meletakkan perisainya.

Chris Evans dan Anthony Mackie ketika diwawancara
Sebastian Stan di panel Highlight
"Saya tidak fikir kita memerlukan Cap baru," kata Anthony Mackie. "Saya tidak fikir Cap perlu berubah." Saya rasa [Sebastian Stan] akan menjadi Cap yang baik, tetapi kemudian kita akan kehilangan Bucky Barnes. Saya rasa saya juga akan menjadi Cap yang baik, tetapi kemudian kita akan kehilangan Falcon, "katanya.

Anthony Mackie bercakap tentang keutamaan bagi Falcon adalah wataknya itu sendiri, menyatakan bahawa dia gembira melihat banyak kanak-kanak yang terdiri dari pelbagai kaum memakai sayap Falcon di belakang badan dan dia tidak membezakan mana-mana kaum yang lain dalam filem Marvel. "Saya berasa kanak-kanak seperti tidak mempunyai bangsa," kata Mackie, semasa kecil beliau tidak berasakan bahawa beliau tidak boleh menjadi Superman kerana hero tersebut adalah dari bangsa yang berbeza. "Kami mengajar begitu banyak perkara kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh menjadi apa sahaja yang mereka mahu, dan kemudian kita boleh mengikutinya contoh teladan yang baik dan menjauhi perkara atau perbuatan yang tidak baik."





Sebastian Stan pula telah memberikan pandangannya yang berbeza pada "Captain America seterusnya" ketika ​​soalan ini diajukan kepadanya di konvensyen tersebut. "Saya," jawab Stan apabila ditanyakan siapa yang patut menggantikan Evans. "Saya akan mengatakan ini: Mereka pasti suka menggantungkan keju yang banyak di hadapan hidung saya. Mereka seperti 'Oh yeah, begitu rupanya bagaimana anda memperolehi perisai itu, dan saya seperti,' Ya, saya pernah mendengarnya sebelum ini. Itulah dia lagi. ' Tetapi saya tidak tahu. Jika saya boleh mengatakan satu perkara, jika sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang kaitan dengannya, untuk menjadikannya ia satu kenyataan, adalah anda. "

Sebastian Stan kemudian ditanya jika peranan Captain America perlu diganti, siapakah yang akan memegang peranan tersebut sama ada beliau sendiri atau Anthony Mackie(Sam Wilson / Falcon) sebagai Kapten Amerika baru? " Saya ," Sebastian Stan berkata sambil tersenyum. "Melantik Anthony Mackie menjadi Captain America akan menjadi seperti Biff di dalam filem Back to the Future II." Katanya lagi dengan nada bergurau.



Dari kenyataan Sebastian Stan beliau seolah-olah bersedia menggantikan tempat Chris Evans sebagai Captain America, manakala Anthony Mackie pula merendah diri dan menghormati tempat Chris Evans sebagai Captain America. Siapakah anda rasa yang layak mengambil mantel Captain America jika ianya perlu digantikan?.



SINOPSIS RASMI CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR

Captain America : Civil War merupakan kesinambungan selepas kejadian dalam Avengers : Age Of Ultron, Steve Rogers membawa pasukan baru Avengers dalam usaha mereka untuk menjaga keamanan. Selepas insiden yang melibatkan ahli Avengers telah menyebabkan kemusnahan dan kehancuran Bandar dan juga harta awam, membawa kepada ketegangan politik untuk mewartakan sebuah sistem akauntabiliti dan mewujudkan badan pentadbiran untuk menentukan bila untuk mendapatkan khidmat pasukan. Ini menyebabkan ahli Avengers bertelagah sesama sendiri ketika cuba untuk melindungi dunia dari penjahat dan villain yang baru.

Pengarah Joe dan Anthony Russo juga termasuk Pengarah Fotografi Trent Opaloch, Production Designer Owen Paterson, Pereka kostum Judianna Makovsky. Producer filem Marvel Captain America: Civil War oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, dengan Louis D' Esposito, Alan Fine, Victoria Alonso, Patricia Whitcher, Nate Moore dan Stan Lee berkhidmat sebagai Eksekutif Producer.



Captain America: Civil War akan menjadi filem yang pertama di dalam fasa ke-3 Marvel, telah dijadualkan tayangannya pada 6 Mei 2016, diikuti dengan Dr.Strange yang merupakan debut pertama yang telah dijadualkan tayangannya pada 4 November 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan