ADS

Rabu, 18 Mac 2015

X -Men : Apocalypse Mungkin Filem Terakhir Nicholas Hoult

X -Men : Apocalypse mungkin akan menjadi filem terakhir Nicholas Hoult. Beliau terkenal dengan peranannya sebagai Beast di dalam X -Men : First Class dan X -Men : Days Of Future Past mengatakan bahawa kontraknya akan tamat selepas X -Men : Apocalypse .

"Ini adalah filem yang terakhir saya, " Hoult mengatakan kepada EW di SXSW .

Hoult terus mengatakan bahawa dia masih belum memperbaharui kontraknya dengan Fox, dan berharap skrip untuk filem akan datang adalah yang memuaskan baginya.

" Filem yang pertama adalah sangat memuaskan dan X-Men : Days Of Future Past adalah terbaik dan berjaya, " kata Hoult . " Ia seperti , ' Wow , orang benar-benar mahu melihat filem itu ' dan perkara yang terbaik adalah dapat bekerja bersama krew dan pelakon yang lain. Beast adalah watak yang menyeronokkan, saya gembira dapat melakonkan watak itu, jadi saya berharap dapat terus membawa peranan tersebut. "

Penulis dan penerbit eksekutif Simon Kinberg telah berkata bahawa X -Men : Apocalypse akan meletakkan fokus pada cinta tiga segi di antara Beast ( Nicholas Hoult ), Mystique ( Jennifer Lawrence ), dan Magneto ( Michael Fassbender ) . Adakah mungkin ini filem yang terakhir ?


X -Men : Apoclaypse akan ditayangkan di pawagam pada 27 Mei 2016 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan