ADS

Jumaat, 18 September 2015

Filem Solo Wonder Woman Bakal Membawakan Dua Timeline Yang Berbeza


DC Extended Universe (DCEU) bermula dengan filem Man Of Steel sebagai pengenalan dan seterusnya DCEU bakal dikembangkan lagi dengan filem Batman V Superman: Dawn of Justice dan Suicide Squad yang telah dijadualkan tayangannya pada tahun hadapan. Beberapa watak-watak yang tidak asing dari komik DC yang lain juga akan diperkenalkan. Salah satu daripada watak komik DC yang bakal mendapat filem solo adalah Wonder Woman, Gal Gadot daripada Fast Furious francais bakal memainkan watak tersebut. Wonder Woman akan diperkenalkan dan membuat penampilan yang pertama di dalam Batman V Superman: Dawn of Justice sebelum headlining filem solo sendiri pada tahun 2017.


Filem solo Wonder Woman bakal diarahkan oleh Petty Jenkins dan Skrip ditulis oleh Jason Fuchs. Pelakon Chris Pine (Star Trek) akan memegang peranan utama sebagai Steve Trevor yang merupakan kekasih kepada Wonder Women aka Diana Prince di dalam komik DC. Pengambaran filem ini akan bermula sekitar November tahun ini. Masih tidak banyak maklumat mengenai filem solo Wonder Woman yang dapat diperolehi setakat ini, tetapi terdapat rumor mengenai filem ini yang telah tersebar di internet.



Sumber daripada laman web Heroic Hollywood telah melaporkan bahawa Wonder Woman akan menerokai dua garisan masa(timeline) yang berbeza; sebahagian pertama filem itu berlatar belakang semasa Perang Dunia I, manakala separuh bahagian kedua akan mengambil garisan masa(timeline) di zaman kini. Semasa panel WB di San Diego Comic-Con 2015, dari konsep art yang telah dipaparkan semasa panel berlansung memaparkan Srikandi Amazon ini berjuang bersama tentera sama ada semasa dalam Perang Dunia I atau Perang Dunia II. Rumor menyatakan Italy akan menjadi set lokasi penggambaran scene Wonder Woman ketika pada zaman Perang Dunia I. Menurut laporan HH lagi, Petty Jenkins akan melakukan struktur naratif filem yang berbeza daripada format biasa.


Baru-baru ini semasa berlansungnya Event Gender In Media yang diadakan di Institut Geena Davis, Produser filem Wonder Woman, Deborah Snyder (isteri Zack Snyder ) telah mengesahkan bahawa penggambaran filem solo Gal Gadot akan diarahkan oleh pengarah Patty Jenkins (Monster) menggantikan pengarah Michelle MacLaren yang telah menarik diri dari projek ini, dan penggambaran akan dimulakan pada bulan November.

"Kami mahukan seorang pengarah wanita dan kami telah menemui Patty Jenkins, yang mempunyai visi yang tepat dan sama seperti visi kami untuk karakter ini," kenyataan Deborah Snyder pada event tersebut "Dan kami benar-benar gembira kerana akan memulakan pengambaran pada bulan November dan ia adalah satu proses yang hebat. Kami cuba untuk mengambil seberapa ramai krew wanita yang boleh."

Lihat komen Deborah Snyder pada video di bawah.




Batman V Superman : Dawn of Justice telah dijadualkan tayangan pada 25 Mac 2016 ; Suicide Squad pada 5 Ogos 2016 ; Wonder Woman pada 23 Jun 2017 ; Justice League pada 17 November, 2017; Flash pada 23 Mac 2018; Aquaman pada Jul 27, 2018 ; Shazam pada 5 April 2019 ; Justice League 2 pada 14 Jun 2019 ; Cyborg pada April 3, 2020 ; Green Lantern Corps pada 19 Jun, 2020. Untitled filem solo Batman dan Superman masih belum dijadualkan tarikh tayangannya oleh Warner Bros.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan