ADS

Jumaat, 18 September 2015

Filem Solo Wonder Woman Bakal Membawakan Dua Timeline Yang Berbeza


DC Extended Universe (DCEU) bermula dengan filem Man Of Steel sebagai pengenalan dan seterusnya DCEU bakal dikembangkan lagi dengan filem Batman V Superman: Dawn of Justice dan Suicide Squad yang telah dijadualkan tayangannya pada tahun hadapan. Beberapa watak-watak yang tidak asing dari komik DC yang lain juga akan diperkenalkan. Salah satu daripada watak komik DC yang bakal mendapat filem solo adalah Wonder Woman, Gal Gadot daripada Fast Furious francais bakal memainkan watak tersebut. Wonder Woman akan diperkenalkan dan membuat penampilan yang pertama di dalam Batman V Superman: Dawn of Justice sebelum headlining filem solo sendiri pada tahun 2017.


Filem solo Wonder Woman bakal diarahkan oleh Petty Jenkins dan Skrip ditulis oleh Jason Fuchs. Pelakon Chris Pine (Star Trek) akan memegang peranan utama sebagai Steve Trevor yang merupakan kekasih kepada Wonder Women aka Diana Prince di dalam komik DC. Pengambaran filem ini akan bermula sekitar November tahun ini. Masih tidak banyak maklumat mengenai filem solo Wonder Woman yang dapat diperolehi setakat ini, tetapi terdapat rumor mengenai filem ini yang telah tersebar di internet.



Sumber daripada laman web Heroic Hollywood telah melaporkan bahawa Wonder Woman akan menerokai dua garisan masa(timeline) yang berbeza; sebahagian pertama filem itu berlatar belakang semasa Perang Dunia I, manakala separuh bahagian kedua akan mengambil garisan masa(timeline) di zaman kini. Semasa panel WB di San Diego Comic-Con 2015, dari konsep art yang telah dipaparkan semasa panel berlansung memaparkan Srikandi Amazon ini berjuang bersama tentera sama ada semasa dalam Perang Dunia I atau Perang Dunia II. Rumor menyatakan Italy akan menjadi set lokasi penggambaran scene Wonder Woman ketika pada zaman Perang Dunia I. Menurut laporan HH lagi, Petty Jenkins akan melakukan struktur naratif filem yang berbeza daripada format biasa.


Baru-baru ini semasa berlansungnya Event Gender In Media yang diadakan di Institut Geena Davis, Produser filem Wonder Woman, Deborah Snyder (isteri Zack Snyder ) telah mengesahkan bahawa penggambaran filem solo Gal Gadot akan diarahkan oleh pengarah Patty Jenkins (Monster) menggantikan pengarah Michelle MacLaren yang telah menarik diri dari projek ini, dan penggambaran akan dimulakan pada bulan November.

"Kami mahukan seorang pengarah wanita dan kami telah menemui Patty Jenkins, yang mempunyai visi yang tepat dan sama seperti visi kami untuk karakter ini," kenyataan Deborah Snyder pada event tersebut "Dan kami benar-benar gembira kerana akan memulakan pengambaran pada bulan November dan ia adalah satu proses yang hebat. Kami cuba untuk mengambil seberapa ramai krew wanita yang boleh."

Lihat komen Deborah Snyder pada video di bawah.




Batman V Superman : Dawn of Justice telah dijadualkan tayangan pada 25 Mac 2016 ; Suicide Squad pada 5 Ogos 2016 ; Wonder Woman pada 23 Jun 2017 ; Justice League pada 17 November, 2017; Flash pada 23 Mac 2018; Aquaman pada Jul 27, 2018 ; Shazam pada 5 April 2019 ; Justice League 2 pada 14 Jun 2019 ; Cyborg pada April 3, 2020 ; Green Lantern Corps pada 19 Jun, 2020. Untitled filem solo Batman dan Superman masih belum dijadualkan tarikh tayangannya oleh Warner Bros.

Khamis, 3 September 2015

Lihat Leaked Footage Trailer Dan Concept Art Captain America: Civil War




Beberapa minggu yang lalu Marvel Studio telah menyertai slot panel untuk Live Action Movie ketika berlansungnya konvensyen Expo D23 Disney di Anaheim Convention Center California bagi mempromosikan filem mereka yang akan datang iaitu Captain America : Civil War. Executive Marvel Studio, Kevin Feigi telah hadir dan membuat presentation untuk filem tersebut. Marvel telah mendedahkan concept art serta trailer Captain America : Civil War semasa panel filem tersebut berlansung. Sehingga kini trailer untuk filem Captain America : Civil War masih belum dikeluarkan secara rasminya di internet oleh Marvel Studio, namun seorang peminat telah berjaya merakamkan sedikit scene daripada trailer yang ditayangkan pada Expo D23 Disney. Terima kasih kepada peminat tersebut kini klip pendek serta gambar dari footage trailer tersebut telah tersebar di internet. Terdapat banyak informasi yang dapat kita ketahui daripada klip trailer tersebut.


Seperti yang anda tahu bahawa Captain America : Civil War bakal mengumpulkan kembali hampir ke semua ahli Avengers bersama dengan beberapa muka baru di dalam Marvel Sinematik Universe dan filem tersebut adalah adaptasi daripada jalan cerita(storyline) Civil War dari buku komik Marvel mengenai Tony Stark dan Steve Rogers tidak bersependapat dan mempunyai pendirian yang sangat berbeza pada subjek orang-orang yang mempunyai kebolehan luar biasa(superpower) perlu mendaftar dengan mengikut Akta yang telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan. Ahli Avengers akan berpecah dan terbahagi kepada dua kumpulan. Banyak ahli Avengers yang lain turut muncul di dalam filem ini serta karakter baru bakal diperkenalkan seperti Spider Man, Ant-Man dan juga Black Panther. Yang menjadi persoalannya ialah siapakah yang akan berpihak diantara team Captain America (Chris Evans) dan Iron Man (Robert Downey Jr).


Nampaknya segala persoalan itu telah terjawab, daripada concept art serta leaked trailer Captain America : Civil War kita dapat mengetahui siapa yang akan berpihak kepada Captain America dan Iron Man. Anda boleh melihat footage trailer yang dirakamkan tersebut serta concept art Captain America: Civil War di bawah, 











Concept Art Captain America : Civil War




Team Iron Man
Iron Man
War Machine
The Vision
Black Widow
Spider-Man

Team Captain America
Captain America
Falcon
Ant-Man
The Winter Soldier
Hawkeye
Scarlet Witch


Terdapat rumor menyatakan Iron Man bakal menggunakan sut Bleding Edge dari Marvel Comics, dari segi rupa bentuk yang dapat dilihat pada concept art adalah menyerupai seperti sut Bleding Edge di dalam komik. Falcon pula bakal mendapat kelengkapan baru drone redwing digunakan sebagai peninjau dan sebagai tanda angguk kepada komik di mana beliau mempunyai kuasa untuk mengawal seekor helang merah yang menjadi mata keduanya. Seperti yang anda dapat lihat pada gambar concept art Hawkeye memakai pakaian yang baru dan kelihatan berbeza daripada sebelum ini, sut terbaru Hawkeye adalah diilhamkan dari sut dari komik Modern Marvel 616. Ant-Man dapat dilihat berdiri di atas bahu Captain America dan Hawkeye, ramai peminat yang berharap untuk melihat Ant-Man akan menaiki anak panah yang dipanah oleh Hawkeye seperti di dalam komik dan siri animasi.


Karakter yang tiada di dalam trailer dan concept art Captain America : Civil War adalah Spider-Man (Tom Holland) akan menyertai pasukan Iron Man (rumor mengatakan dia berubah arah meninggalkan pasukan Iron Man dan menyertai pasukan Captain America seperti di dalam komik). Berkemungkinan terdapat karakter yang lain juga bakal bertukar menyertai pasukan yang lain. Agak mengejutkan juga Black Widow berada di dalam pasukan Iron Man, kerana beliau telah berjuang bersama Captain America dalam Winter Soldier sebelum ini. Mungkin beliau menyertai Iron Man disebabkan oleh peristiwa Hulk dalam Age Of Ultron atau tidak mustahil beliau menjadi perisik untuk Captain America. Hulk masih belum disahkan bakal muncul dalam Captain America : Civil War, beberapa bulan yang lepas Robert Downey Jr dan Mark Ruffalo berfikir seolah-olah Bruce Banner aka The Incredible Hulk bakal tampil di dalam filem tersebut, ianya masuk akal memandangkan General Ross (William Hurt) telah disahkan akan turut serta di dalam Civil War, tetapi baru-baru ini Mark Ruffalo telah mengeluarkan kenyataan ketika temubual bersama BadTaste.it bahawa Hulk sememangnya ada di dalam skrip awal, tetapi ianya telah dikeluarkan pada saat akhir kerana mereka mahu merahsiakan sebagai satu kejutan. Walaubagaimana pun Bruce Banner aka Hulk sememangnya tiada ketika peristiwa Civil War di dalam komik. Jika Hulk muncul di dalam Captain America : Civil War sudah semestinya ia perkara yang sangat mengujakan, mungkin Hulk akan bertarung dengan Red Hulk (General Ross) ianya tidak mustahil.


SINOPSIS RASMI CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR

Captain America : Civil War merupakan kesinambungan selepas kejadian dalam Avengers : Age Of Ultron, Steve Rogers membawa pasukan baru Avengers dalam usaha mereka untuk menjaga keamanan. Selepas insiden yang melibatkan ahli Avengers telah menyebabkan kemusnahan dan kehancuran Bandar dan juga harta awam, membawa kepada ketegangan politik untuk mewartakan sebuah sistem akauntabiliti dan mewujudkan badan pentadbiran untuk menentukan bila untuk mendapatkan khidmat pasukan. Ini menyebabkan ahli Avengers bertelagah sesama sendiri ketika cuba untuk melindungi dunia dari penjahat dan villain yang baru.

Pengarah Joe dan Anthony Russo juga termasuk Pengarah Fotografi Trent Opaloch, Production Designer Owen Paterson, Pereka kostum Judianna Makovsky. Producer filem Marvel Captain America: Civil War oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, dengan Louis D' Esposito, Alan Fine, Victoria Alonso, Patricia Whitcher, Nate Moore dan Stan Lee berkhidmat sebagai Eksekutif Producer.

Captain America: Civil War akan menjadi filem yang pertama di dalam fasa ke-3 Marvel, telah dijadualkan tayangannya pada 6 Mei 2016, diikuti dengan Dr.Strange yang merupakan debut pertama yang telah dijadualkan tayangannya pada 4 November 2016.