ADS

Isnin, 11 Mei 2015

Ant -Man Dan General Ross (The Incredible Hulk) Turut Serta Dalam Captain America: Civil War




Filem Avengers : Age Of Ultron berakhir dengan penambahan ahli pasukan Avengers. Manakala Hawkeye hidup bersama keluarganya, Thor telah kembali ke Asgard , Tony Stark seolah-olah seperti mahu bersara, dan Hulk telah pergi dan mengasingkan dirinya menaiki Quinn Jet. Captain America bersama Black Widow telah merekrut ahli Avengers yang baru iaitu Scarlet Witch, Vision, War Machine dan Falcon. Kesemua daripada New Avengers akan kembali di dalam Captain America : Civil War.

Marvel Studio telah mengadakan sidang media pengumuman senarai pelakon dalam Captain America : Civil War baru-baru ini dan telah memulakan pengambaran. Filem ini adalah merupakan chapter pertama untuk Fasa ke-3 Marvel Sinematik Universe. Antara lokasi pengambaran untuk filem tersebut adalah di Atlanta, di Jerman, Puerto Rico dan Iceland.

Filem Avengers : Age Of Ultron yang baru sahaja ditayangkan baru-baru ini adalah merupakan setting untuk filem Marvel seterusnya Captain America : Civil War (selepas filem Ant –Man yang akan ditayangkan 17 Julai 2015 ) . Filem mempunyai kaitan dengan Civil War, kerana Ant -Man sendiri (Paul Rudd ) secara rasmi disahkan akan kembali dalam Captain America : Civil War bersama banyak karakter filem Marvel yang lain, juga termasuk satu watak yang kita tidak pernah lihat di layar skrin sejak 2008, iaitu General Ross (William Hurt) dari The Incredible Hulk 2008.


Senarai Para Pelakon Captain America : Civil War

Chris Evans - Steve Rogers / Captain America 
Robert Downey Jr - Tony Stark / Iron Man
Scarlett Johansson - Natasha Romanoff / Black Widow
Sebastian Stan - Bucky Barnes / Soldier Winter
Anthony Mackie - Sam Wilson / Falcon
Paul Bettany - Vision
Jeremy Renner - Clint Barton / Hawkeye
Don Cheadle - Jim Rhodes / War Machine
Elizabeth Olsen - Wanda Maximoff / Witch Scarlet
Paul Rudd - Scott Lang / Ant-Man
Chadwick Boseman - T'Challa / Black Panther
Emily VanCamp - Sharon Carter / Agen 13
Daniel Brühl - Baron Zemo(Rumor)
Frank Grillo - Brock Rumlow / Crossbones
William Hurt - General Thaddeus Thunder Ross
Martin Freeman - Identiti masih belum didedahkan buat masa ini

Walaupun senarai pelakon dan watak dalam Captain America : Civil War adalah menarik dan mengujakan, masih terdapat beberapa nama dan watak yang tiada. Kita juga sudah mengetahui bahawa Peter Parker / Spider-Man akan turut serta di dalam filem ini, tetapi pihak Marvel Studio masih belum mendedahkan pelakon yang bakal untuk memegang peranan Peter Parker / Spider-Man. Adakah pihak Marvel merahsiakan identity pelakon yang bakal memegang watak Spider-Man dan akan membuat kejutan dengan identity Spider-Man hanya akan didedahkan di dalam filem seperti dalam komik di mana Spider-Man/Peter Parker telah mendedahkan identitinya pada pihak media bersama Tony Stark.



Kami juga tidak akan terkejut jika watak Wasp (Evangeline Lilly) dari Ant-Man muncul, memandangkan hubungan beliau dengan Paul Rudd Scott Lang dan Wasp merupakan ahli pengasas Avengers dalam komik.
Ketiadaan Maria Hill (Cobie Smulders) dan Nick Fury (Samuel L. Jackson) seolah-olah pihak Marvel Studio mengelakkan tentang topik SHIELD semasa sidang media pertama pengumuman senarai pelakon Captain America: Civil War.




Antara persoalan besar yang lain, adakah karakter dari siri TV Marvel akan turut muncul dalam Civil War antaranya karakter daripada siri Agent Of SHIELD. Peminat masih menunggu untuk melihat Agent Phil Coulson (Clark Gregg) kembali ke skrin besar, dan apakah reaksi ahli Avengers setelah menyedari dia masih hidup. Sudah tentu, terdapat juga Superhero dari komik Marvel yang baru akan diperkenalkan pada Netflix. Antaranya adalah Daredevil, Luke Cage, Jessica Jones dan berpotensi Iron Fist juga. Watak-watak ini mungkin adalah ahli Avengers pada masa depan, tidak mustahil jika mereka muncul sebagai cameo.



SINOPSIS RASMI CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR

Captain America : Civil War merupakan kesinambungan selepas kejadian dalam Avengers : Age Of Ultron, Steve Rogers membawa pasukan baru Avengers dalam usaha mereka untuk menjaga keamanan. Selepas insiden yang melibatkan ahli Avengers telah menyebabkan kemusnahan dan kehancuran Bandar dan juga harta awam, membawa kepada ketegangan politik untuk mewartakan sebuah sistem akauntabiliti dan mewujudkan badan pentadbiran untuk menentukan bila untuk mendapatkan khidmat pasukan. Ini menyebabkan ahli Avengers bertelagah sesama sendiri ketika cuba untuk melindungi dunia dari penjahat dan villain yang baru.


Pengarah Joe dan Anthony Russo juga termasuk Pengarah Fotografi Trent Opaloch, Production Designer Owen Paterson, Pereka kostum Judianna Makovsky. Producer filem Marvel Captain America: Civil War oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, dengan Louis D' Esposito, Alan Fine, Victoria Alonso, Patricia Whitcher, Nate Moore dan Stan Lee berkhidmat sebagai Eksekutif Producer.


Captain America : Civil War telah dijadualkan tayangannya pada 6 May 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan