ADS

Jumaat, 3 April 2015

10 Ilustrasi Gambar Selfie Terbaik Superhero DC!



Rangkaian sosial telah membawa pelbagai trend yang popular, antaranya adalah Selfie. Gambar portrait yang ditangkap sendiri telah menjadi fenomena global di dalam rangkaian sosial dengan Selfie memenuhi suapan berita dan profile rangkaian sosial setiap orang. Cuba anda bayangkan dan berimaginasi bagaimana jika Superhero mempunyai rangkaian social sendiri?. Walaupun mereka boleh dikatakan mempunyai pekerjaan yang paling sukar dan tanggungjawab yang besar di planet ini, mungkin mereka juga akan meluangkan masa beberapa saat untuk mengambil selfie dan kemudiannya memuat naik ke rangkaian social masing-masing sama seperti kita manusia biasa yang sering mengambil selfies ketika sedang bertugas, dan semasa memandu atau di dalam aktiviti harian kita. Anda boleh melihat gambar ilustrasi epic beberapa superhero komik DC mengambil selfie di bawah.




10 : SUPERMAN mengambil gambar Selfie ketika menyelamatkan anak kucing



' Sebentar saya ingin mengambil gambar selfie ' . Kata Superman sambil mengambil gambar sebelum memulangkan anak kucing yang diselamatkan kepada pemiliknya.? Tetapi rasanya bergambar bersama anak kucing itu mungkin nampak girly untuk Superman dan tidak sesuai dengan nama samarannya ' Man Of Steel '. Jangan anda berfikir lagi Superman, pulangkan anak kucing itu kepada pemiliknya, Anda boleh mengambil selfie lain kali, mungkin semasa mahluk asing menyerang bumi?.


9 : BATMAN di latar belakang gambar selfie Ronnie



Perkara yang paling mengkagumkan adalah mengambil gambar selfie bersama Batman. Mungkin Batman adalah karakter yang agak sukar untuk diajak bergambar bersama . Jelas seperti pada ilustrasi, Wajah Bruce Wayne tidak menunjukkan sebarang ekspresi muka, atau mungkin disebabkan oleh kostum cosplay Batman yang dipakai kanak-kanak itu tidak disukainya.


8 : Batgirl menunjukkan barangan koleksinya



Motosikal Batgirl yang rare, dengan angle selfie yang bagus. Boleh dianggap sebagai sebuah gambar yang cukup baik, penuh komik Batman di atas lantai. Mungkin Barbara Gordon adalah salah seorang dari peminat
Batman.

7 : Wonder Women dengan gaya bersahaja



Ramai yang menyukai Wonder Woman, dia merupakan seorang puteri Amazon yang cantik dengan mempunyai kekuatan super. Pakaian beliau sentiasa cantik dan seksi. Lidah..yikes, macam Miley Cyrus. Tetapi pose itu tidaklah seburuk yang duckface, siapa yang berani mempertikaikannya?.


6 : Supergirl sentiasa mempunyai masa untuk selfie



Cara Supergirl mengambil gambar selfie agak kreatif. Dia menangkap gambar sambil terbang di udara dan dapat melihat bayang-bayangnya sendiri pada tingkap bangunan pencakar langit. Agaknya dapat berapa like dekat Instagram?.


5 : Superman memaksa Batman senyum



Sudah tentu Clark Kent perlu memaksa Bruce Wayne supaya senyum semasa bergambar. Rasanya Superman tiada masalah mengambil gambar selfie dengan pantas tanpa disedari oleh Batman. Tak tahan tengok Batman kena paksa senyum. Lawak!!.Hahah.


4 : Nightwing menyekolahkan Damien Wayne



Nightwing mendapat tempat keempat dengan gambar selfie yang lucu ini. Anak Batman ini sememangnya nakal, mungkin inilah cara untuk mengajarnya. Damien Wayne telah diikat dan mulutnya ditutup, berkemungkinan sebab dia sama ada menyerang atau mengganggu Grayson sekali lagi. Apa yang akan berlaku kalau Batman melihat gambar tersebut?.He.


3 : Perlumbaan kepantasan yang selalu menjadi perdebatan semua orang



' Facebook Post ` Bukti !!!Lihatlah dunia, Akulah orang yang terpantas di dunia!!! Superman tak boleh mengalahkan aku dan aku bosan dengan semua orang yang berfikir Superman yang akan menang!!. LoL


2 : Syabas Jimmy Olsen, good timing!



Sudah tentu Jimmy Olsen mengambil peluang mengambil gambar selfie epik ini dengan berlatar belakangkan Superman sedang bertarung dengan Lex Luthor. Beliau cukup berani untuk berada di tengah-tengah pertempuran seperti itu dengan sambil tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku manakala Superman sedang melontar kereta di belakangnya. Tak tahu berapa ramai orang yang sanggup mengambil risiko untuk mengambil gambar selfie seperti ini.


1 : Alfred mencuba kostum Batman ketika Bruce Wayne sedang tidur



Pemenang untuk kejohanan heavyweight gambar selfie superhero adalah tidak lain dan tidak bukan, Alfred!!. Tak pasti berapa kerap dia menunggu Bruce tidur supaya dia mendapat peluang untuk berlari-lari di dalam kostum Batman, tetapi tindakan itu sangat berani. Harap Alfred tak berkawan dengan Batman dalam mana-mana rangkaian sosial, kerana ini pasti akan membuatkan darah Batman mendidih. Material gambar profil yang terbaik!!. Like a Boss!!..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan