ADS

Khamis, 10 Mac 2016

Lihat Penampilan Pertama SpiderMan Baru Dalam Trailer Ke-2 Captain America:Civil War!!!


Marvel Studios akhirnya telah mendedahkan penampilan SpiderMan yang baharu buat pertama kalinya dalam treler terkini filem Captain America: Civil War. Ini adalah merupakan kali pertama peminat dapat melihat gambaran mengenai SpiderMan yang baru yang dilakonkan oleh aktor Tom Holland. Tiada sekeping gambar atau concept art promo, barang dagangan, atau rakaman yang memperlihatkan karakter SpiderMan sebelum ini. Lihat trailer terbaru Captain America: Civil War di bawah,



Pada bulan Februari tahun 2015, pihak Sony dan Marvel menandatangi perjanjian di mana membolehkan Spider-Man untuk muncul di Captain America: Civil War, pada waktu itu penggambaran filem Captain America: Civil War di Georgia telah hampir bermula. Tom Holland telah dipilih untuk memegang peranan Peter Parker / SpiderMan dan beliau telah diumumkan bakal membuat penampilan pertama dalam Civil War sebelum filem standalone Spider-Man dalam Marvel Cinematic Universe pada bulan Julai 2017.

Daripada rumor sebelum ini menyatakan bahawa Spider-Man bakal menyertai pasukan Iron Man dalam Civil War. Seperti di dalam komik Marvel Civil War, Spider-Man menyertai kumpulan Iron Man pada permulaannya, tetapi pada pengakhirannya dia telah menyertai pasukan Captain America selepas diselamatkan oleh The Punisher. Tetapi ini tidak bermakna The Punisher akan muncul dalam Captain America: Civil War, kerana debut pertama The Punisher lakonan John Berthal adalah di dalam siri Netflix Daredevil musim kedua pada bulan ini.



Apakah pendapat anda mengenai kostum Spider Man MCU?.


SINOPSIS RASMI CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR

Captain America : Civil War merupakan kesinambungan selepas kejadian dalam Avengers : Age Of Ultron, Steve Rogers membawa pasukan baru Avengers dalam usaha mereka untuk menjaga keamanan. Selepas insiden yang melibatkan ahli Avengers telah menyebabkan kemusnahan dan kehancuran Bandar dan juga harta awam, membawa kepada ketegangan politik untuk mewartakan sebuah sistem akauntabiliti dan mewujudkan badan pentadbiran untuk menentukan bila untuk mendapatkan khidmat pasukan. Ini menyebabkan ahli Avengers bertelagah sesama sendiri ketika cuba untuk melindungi dunia dari penjahat dan villain yang baru.

Pengarah Joe dan Anthony Russo juga termasuk Pengarah Fotografi Trent Opaloch, Production Designer Owen Paterson, Pereka kostum Judianna Makovsky. Producer filem Marvel Captain America: Civil War oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, dengan Louis D' Esposito, Alan Fine, Victoria Alonso, Patricia Whitcher, Nate Moore dan Stan Lee berkhidmat sebagai Eksekutif Producer.


Captain America: Civil War akan menjadi filem yang pertama di dalam fasa ke-3 Marvel, telah dijadualkan tayangannya pada 6 Mei 2016, diikuti dengan Dr.Strange yang merupakan debut pertama yang telah dijadualkan tayangannya pada 4 November 2016.