ADS

Sabtu, 23 Januari 2016

Trailer Rasmi Ke 2 Suicide Squad Telah Dikeluarkan.





Warner Bros Studio telah mengeluarkan Trailer Rasmi ke-2 Suicide Squad di internet. Trailer terbaru untuk filem ini memaparkan lebih banyak babak penuh dengan aksi yang mengujakan, dengan muzik latar yang menarik membangkitkan mood bagi setiap babak yang dipamerkan. Suicide Squad adalah merupakan Pasukan Black Ops yang terdiri daripada watak vilian terkenal DC Comics yang membawa misi yang ditugaskan oleh badan rahsia kerajaan di bawah pengawasan Amanda Waller (Viola Davis) dan diketuai oleh Rick Flag (Joel Kinnaman).  



Trailer terbaru Suicide Squad ini menampilkan lagu "Bohemian Rhapsody" daripada kumpulan Queen yang digubah rangkap ke rangkap yang lain mengikut kesesuaian mood setiap babak yang dipamerkan. Sudah semestinya ianya adalah pilihan lagu yang tepat untuk soundtrack rasmi bagi filem tersebut serta membantu untuk lebih membezakan dunia dan juga karakter super-villain DC dalam filem tersebut. Pada ketika babak penuh aksi dalam trailer ini bahagian rangkap yang rancak lagu Bohemian Rhapsody telah digunakan sebagai muzik latar trailer ini. Walaubagaimanapun ianya membuatkan para peminat lebih teruja dengan pengembangan DC Extended Universe yang dimulai dengan filem Man Of Steel 2013 dan diikuti dengan Batman V Superman : Down Of Justice serta Suicide Squad yang telah dijadualkan tayangannya pada tahun ini. 


Lihat klip trailer tersebut di bawah;




Filem Suicide Squad juga turut dibandingkan dengan filem adaptasi komik Guardian Of The Galaxy daripada Marvel yang boleh dikatakan mempunyai tema yang hampir sama iaitu watak penyangak intergalaxy berubah menjadi wira serta menggunakan lagu muzik pop retro sebagai soundtrack rasmi filem. Persoalannya, dapatkah Suicide Squad menandingi atau menyaingi kejayaan Guardian Of The Galaxy?. 


Filem Suicide Squad adalah dibintangi oleh Jared Leto sebagai The Joker , Margot Robbie sebagai Harley Quinn , Will Smith sebagai Deadshot , Jai Courtney sebagai Captain Boomerang , Joel Kinnaman sebagai Rick Flag dan Cara Delevingne sebagai Enchantress , Karen Fukuhara sebagai Katana , Adewale Akinnuoye sebagai Killer Croc , Jay Hernandez sebagai El-Diablo, Adam Beach sebagai Slipknot. Viola Davis sebagai Amanda Waller, dan penampilan khas Ben Affleck sebagai Batman.


Suicide Squad diarahkan oleh David Ayer dan telah dijadualkan tayangannya pada 5 Ogos 2016.