ADS

Isnin, 16 Mac 2015

Marvel Mencari Pelakon Tambahan Daripada Malaysia Untuk Filem Captain America 3 : Civil War

Marvel sedang mencari pelakon tambahan untuk filem terbaru Captain America : Civil War.  Menurut Atlanta Journal Constitution, Marvel sedang mencari pelakon tambahan lelaki dan wanita dari Asia Tenggara.

Casting untuk lelaki dan wanita  dari ASIA TENGGARA ( Thailand, Indonesia, Kemboja, Malaysia, Filipina, India, Vietnam, Singapura, dan lain-lain ... ). Berumur lingkungan di dalam 21-75 dan akan bekerja di Fayetteville, GA. Kadar gaji adalah $ 64 untuk 8 jam dan tambahan untuk OT. Tarikh mula bekerja adalah mulai 27 April ini, jika sesiapa berminat untuk bekerja bersama Marvel boleh menghantarkan profile dan gambar.

Selain itu : Jika menghantar gambar sedang memakai pakaian etnik adalah menjadi satu kelebihan.

Penggambaran untuk Captain America : Civil War akan bermula agak tidak lama lagi dan akan dilakukan di Pinewood Studios New Atlanta. Disitu jugalah tempat penggambaran filem Ant -Man dan berkemungkinan akan menjadi tempat pengambaran untuk sekuel Guardian of the galaxy dimasa hadapan.


Captain America : Civil War akan mula ditayangkan dipawagam pada 6 Mei 2016 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan