ADS

Jumaat, 13 Mac 2015

Joker lakonan Jared Leto Dilaporkan Diilhamkan Dari The Dark Knight Returns

Beberapa butiran baru mengenai Joker Jared Leto dalam filem Suicide Squad, Latino Review scoopster Umberto Gonzales melaporkan pada Instagram bahawa Joker dalam Suicide Squad akan berasaskan sepenuhnya dari Joker ciptaan Frank Miller The Dark Knight Returns. Ini seolah-olah selaras dengan visi DC sinematik Universe, dimana Batman dianggap sebagai Mitos, kerana segala yang kita telah ketahui mengenai Batman lakonan Ben Affleck setakat ini juga turut diilhamkan daripada Frank Miller.

Jared Leto telah membalas komen peminat pada Vyrt , peminat telah menulis komen kepada Leto, "Anda mengingatkan saya kepada Batman, wira yang sukar dilihat ! " Leto menjawab, " Batman telah mati. "
Sudah tentu , Leto telah mungkin hanya bergurau,  atau mungkin membayangkan bahawa Joker wataknya akan membunuh Batman . Walau bagaimanapun , ini telah membuatkan peminat tertanya-tanya.
Adakah berkemungkinan Batman telah mati atau dipercayai telah mati di penghujung filem Batman V Superman : Dawn Of Justice ? Di dalam filem Suicide Squad, adakah Joker dan seluruh dunia berfikir Batman telah mati ?
Atau mungkin tidak, kerana komennya seolah-olah seperti hanya satu jenaka saja.



Berbalik kepada laporan daripada Gonzalez. Beliau turut melaporkan tentang ciri-ciri fizikal Joker Jared Leto yang mana mempunyai susuk tubuh yang fit, dengan kulit tidak dilunturkan - tidak dicat - dan penuh dengan parut atas tubuhnya. Juga merujuk kepada jenayah yang dilakukan oleh Joker pada masa lalu dalam filem itu, dimana dia telah membunuh salah seorang daripada Batman sidekick (Robin).

Laporan terakhir, salah satu musuh lama Batman, pakar psikiatri Hugo Strange, akan muncul dalam filem ini. Hugo Strange, penjahat yang kurang terserlah di dalam komik tetapi lebih menyerlah di dalam permainan video Batman: Arkham City, berkhidmat sebagai pakar psikiatri kepada Joker. Sama ada beliau akan turut terlibat dalam Suicide Squad masih tidak diketahui. Laporan itu juga ada menyebut bahawa akan ada banyak interaksi diantara Joker dan Harley Quinn.


Suicide Squad dijangka mula ditayangkan pada 5 Ogos 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan