ADS

Isnin, 16 Mac 2015

Cosplayer Menyerupai Watak Filem Animasi Big Hero 6

Animasi Big Hero 6 terbitan Disney telah berjaya menjadi box office dan mencatat kutipan yang tinggi serta telah memenangi Anugerah Animasi Terbaik di Academy Awards baru-baru ini. Beberapa cosplayers yang merupakan peminat Animasi Big Hero 6 telah bekerjasama untuk menghasilkan gambar bersiri dengan meniru semula beberapa adegan dari filem itu dan juga sketch dimana watak utama animasi tersebut Hiro Hamada berucap di atas pentas Acedemy Awards setelah memenangi Oscar. Gambar bersiri itu memaparkan seorang lelaki berpakaian seperti Hiro Hamada, seorang remaja berusia 14 tahun yg berbakat di dalam bidang robotik dan juga Tadashi Hamada seorang pelajar jurusan robotic San Fransokyo Insitute Of Technology yang merupakan abang kepada Hiro Hamada dan tidak lupa juga karakter yang paling diminati oleh peminat iaitu Baymax sebuah robot jururawat dan juga penjaga Hiro Hamada.


Anda boleh melihat gambar bersiri di bawah atau http://behindinfinity.tumblr.com/ untuk melihat lebih banyak gambar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan