ADS

Jumaat, 13 Mac 2015

Gambaran mengenai babak pertarungan Hulk Vs Hulkbuster dalam Avengers : Age Of Ultron




Terima kasih kepada laman web Stitch Kingdom, kini kita mempunyai sedikit gambaran mengenai adegan pergaduhan di antara The Hulk(Mark Ruffalo) dan Hulkbuster Armor yang digunakan oleh Tony Stark (Robert Downey Jr.) dalam Avengers: Age Of Ultron. Klip pendek pergaduhan Hulk dan IronMan telah ditayangkan di dalam perjumpaan tahunan pemegang saham Disney pada hari Khamis, Semalam. Peringatan Spoiler Alert..

Babak itu bermula dengan kenderaan peronda polis yang tiba di tempat kejadian. Hulk di dalam keadaan yang sangat marah dan dilihat sedang melepaskan kemarahannya dengan memusnahkan kereta dan membuatkan anggota polis panik lari bertempiaran. Polis yang lengkap bersenjata serta machine gun, telah melepaskan tembakan kepada Hulk tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya. IronMan terbang dengan kelajuan yang pantas ke tempat kejadian menghampiri Hulk,. 'Berhenti menembak,' IronMan memberi arahan kepada pasukan polis. Kemudian Hulk telah diapit oleh objek logam besar yang terbang dan menghalang setiap pergerakannya. Selepas Hulk dijerat, kemudian beberapa objek berbentuk keluli besar terbang dan mendarat satu persatu di hadapan IronMan kemudian bergabung membentuk sebuah Suit Amor yang besar(Hulkbuster) seperti cara Tony Stark memakai suit Mark 42 Amor yang terbang melekat pada tubuhnya satu persatu. Hulk yang terperangkap di dalam 'kotak Logam pepejal gergasi' telah memecahkannya dan terlepas kemudian beliau terus mengamuk. Selepas Hulkbuster Armor telah siap bersedia, 'Ahli sihir itu bermain dengan fikiran anda,' Stark memberitahu Hulk. 'Kamu adalah lebih bijak dari dia, kamu adalah Bruce Banner.' Ini telah menyebabkan Hulk menjadi lebih marah dan mula menyerang Stark, pergaduhan antara Hulkbuster dan Hulk bermula. Hulkbuster bersaiz lebih besar dari Hulk berjaya mengawal keadaan, mereka menarik dan bergelut diantara satu sama lain daripada jalan raya sehingga ke kaki lima menyebabkan kawasan persekitaran musnah. Pergelutan itu berakhir dengan Hulk berada di belakang Hulkbuster, dan kemudian Hulkbuster telah ditusuk di bahagian bahunya dengan menggunakan tiang lampu isyarat untuk menjatuhkan Hulk di belakangnya. "Dick Move Banner" kata Stark kepada Hulk dan kemudian mereka terus bergelut. Kemudian bahagian kepingan perisai Hulkbuster telah tertanggal dan rosak dengan pantas digantikan dengan kepingan perisai yang baru. Dan kini Hulkbuster berada di atas Hulk, Stark menghentak kepala Hulk seperti punching bag, kepala Hulk terus di dihentak oleh Stark berulang-ulang kali tanpa henti. 'Tidur, pergilah tidur' kata Stark, SPOILER ALERT: ianya tidak berjaya menghentikan Hulk. Kemudian, salah satu bahagian lengan gentian Hulkbuster iaitu bahagian lengan HulkBuster tanpa tangan itu membaluti lengan Hulk dan menyekat pergerakannya. Kemudian IronMan terbang dan berundur selepas memerangkap Hulk dengan lengan gantian itu.




Berdasarkan huraian ini, kita boleh mengesahkan bahawa Scarlet Witch / Wanda Maximoff (Elizabeth Olsen) telah menggunakan kuasanya untuk mengawal Hulk. Ia juga kelakar bahawa Iron Man merujuk Wanda Maximoff sebagai (witch) tukang sihir.
Sumber : Stitch Kingdom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan